Friday, March 6, 2009

PENJELASAN DARI BIRO PROGRAM



Assalamualaikum WBT. Apa khabar mahasiswa-mahasiswi Jordan sekalian? Bagaimana keadaan anda setelah beberapa minggu PERTAMA berakhir? Masih bersemangat membentuk diri menjadi mahasiswa-mahasiswi yang bakal memacu dan mencorak masa depan dunia? Semoga kalian kekal terinspirasi dengan PERTAMA kali ke-3 yang lalu, Insyaallah.
Justify Full
Di sini, kami dari Biro Program PERTAMA kali ke-3 ingin menjelaskan beberapa perkara yang kami rasa telah menimbulkan persoalan dan rasa tidak puas hati di kalangan para peserta PERTAMA yang kami rasa cukup bermotivasi dan bersemangat.

Perkara yang ingin kami jelaskan di sini ialah berkenaan masa pembentangan kertas kerja yang terlalu pendek dan ringkas. Ingin kami jelaskan bahawa program kita sebelum ini sepatutnya berjalan sehingga malam. Masa pembentangan kertas kerja juga sepatutnya lebih lama iaitu sejam untuk setiap perwakilan dan 2 jam setengah untuk forum, namun masalah mendapatkan tempat untuk menjalankan program hingga ke malam ditambah dengan keadaan kewangan yang tidak berapa mengizinkan telah memberi kesan kepada masa pembentangan kertas kerja.
Pihak Universiti juga tidak menggalakkan untuk menggunakan dewan seharian iaitu dari pagi hingga malam selama 3 hari berturut-turut.

Segala permasalahan itu telah merubah hampir keseluruhan tentatif asal di mana pembentangan kertas kerja terpaksa disingkatkan bagi memberi ruang untuk semua perwakilan dapat membentangkan kertas kerja masing-masing.

Jadi, kami sebagai Biro Program memohon jutaan kemaafan di atas semua kekurangan sepanjang program ini dilansungkan. Kami amat berbesar hati di atas kerja sama dan semangat yang ditonjolkan oleh anda semua semasa program. Memang benar, mahasiswa-mahasiswi Jordan telah menampakkan kematangan yang nyata dan insyaallah anda semua mampu memberi impak yang cukup besar dalam membangunkan dan mengembalikan maruah Ummah yang tercalar. Tahniah untuk anda semua.

Akhir kata, diharapkan program PERTAMA yang akan datang akan lebih baik dari kali ini. Jadikan program kali ini sebagai panduan untuk memacu PERTAMA ke arah perlaksanaan yang lebih hebat, lebih profesional dan lebih bermakna. Buktikan mahasiswa di Jordan ini bukan calang-calang manusia!



Thursday, February 19, 2009

Kejatuhan Khilafah 1924

Atas permintaan ramai, maka kami berbesar hati untuk menguploadkan tayangan video semasa pada hari ke-2 PERTAMA . Semoga video ini dapat menjadi rujukan ringkas kepada kita tentang susur galur kejatuhan Khalifah Uthmaniyah. Semoga ia turut menjadi teladan & menyubur motivasi kepada kita untuk berusaha membantu menegakkan kembali sistem pemerintahan Islam, sistem khalifah. Inilah peranan kita, mahasiswa muslim!
Credits to Perhimpunan Ukhuwah Insaniah Seluruh Ireland (PUISI) 2006.

Tuesday, February 17, 2009

PENTING! RESOLUSI PERTAMA KALI KE-3

" Dalam setiap zaman, pemuda merupakan tunjang kekuatannya. Dalam setiap kebangkitan, pemuda adalah rahsia kekuatannya. Dalam setiap fikrah, pemuda adalah penyebar panji- panjinya ”
Kitalah yang akan melaksanakannya. SEMOGA BERJAYA.

Sunday, February 15, 2009

Bilik Berita Biro Strategi

Alhamdulilah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada tuhan sekalian alam. Setelah berpenat lelah dan mengharungi suka & duka, akhirnya PERTAMA kali ke-3 melabuhkan tirai dengan jayanya.

Dengan tema ‘Ke Arah Kematangan Mahasiswa Muslim’, diharapkan pendekatan baru pada PERTAMA kali ini (MPPM & Unit Kajian Isu dan Bahan cuba mengetengahkan isu-isu semasa berkaitan Islamophobia & menjemput perwakilan mahasiswa Malaysia dari negara-negara Timur Tengah) mampu menjadi titik tolak dalam mengubah paradigma kita sebagai mahasiswa muslim. Kematangan di sini merangkumi segenap aspek termasuklah pemikiran, personaliti, tutur kata mahupun tindakan.

Sebagai mahasiswa, kita bukan saja perlu meningkatkan penguasaan ilmu malah perlu mempunyai kemahiran & kebolehan dalam berfikir secara kritis & kreatif terutama dalam berhadapan dengan isu-isu semasa. Kita bukan saja hidup dalam skop sebagai seorang mahasiswa tetapi sebagai sebahagian komuniti masyarakat. Kitalah yang bakal memimpin negara. Kualiti mahasiswa akan menentukan masa depan negara kita dan yang paling penting nasib agama yang kita junjung, Islam. Mahasiswa muslim bukan lagi hanya membincangkan masalah-masalah kecil (walau bagaimanapun, kami tidak nafikan kepentingannya) tetapi kita harus akur dalam memikirkan masalah & isu-isu semasa yang juga turut memerlukan perhatian kita sebagai golongan pemikir. Inilah tujuan persidangan kita untuk membincangkan & mencari penyelesaian kepada permasalahan yang kita hadapi.


Kami berharap semua peserta mengambil manfaat hasil persidangan kita selama 3 hari (6 kertas kerja, forum & sidang plano). Ilmu & pengetahuan yang ditimba ini dijadikan garis panduan dalam kehidupan seharian. Anda menentukan sama ada untuk menjadi mahasiswa biasa atau mahasiswa luar biasa. Buktikan mahasiswa Jordan mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan mahasiswa-mahasiswa Malaysia dari negara-negara lain. Tanamkan cita-cita untuk menjadi agen pengislah masyarakat.

PERTAMA kali ini juga cuba mendidik mahasiswa dari segi menjalani satu kaeadah persidangan yang professional dari segi etika & protokol. Semoga ia berjaya melatih kita menjadi seorang mahasiswa yang lebih yang professional dari segi menyampaikan pandangan berkenaan isu-isu semasa.

Tidak lupa juga sekalung tahniah dan terima kasih buat semua peserta atas kerjasama & komitmen yang jitu dalam melontarkan & menjayakan proses pembentukan resolusi PERTAMA kali ini, melalui suara-suara & idea-idea yang kami kira cukup bernas, sehingga kami, Unit Resolusi terpaksa memerah otak untuk memilih cadangan-cadangan resolusi terbaik, relevan & realistik untuk diangkat sebagai resolusi PERTAMA kali ke-3. Alhamdulilah, sebanyak 11 resolusi dapat dikumpulkan sepanjang persidangan kita kali ini. Resolusi inilah yang akan menjadi panduan kepada kita semua dalam menyelesaikan masalah-masalah yang telah diketengahkan sepanjang PERTAMA 09.

Tugas kami sebagai AJK pelaksana telah selesai, kami sangat-sangat mengharapkan PERTAMA tidak berakhir dari segi pelaksanaan program sahaja tetapi hendaklah diikuti tindakan susulan dari pihak MPPM untuk merangka plan tindakan bagi resolusi-resolusi yang telah disepakati oleh PERTAMA kali ke-3. Di sini ingin kami tegaskan kembali, resolusi-resolusi yang telah disepakati bukanlah tanggungjawab MPPM sahaja tetapi yang paling pentingnya tindakan kita semua, mahasiswa Malaysia Jordan(nama pun persidangan mahasiswa, bukannya persidangan Majlis Mesyuarat MPPM). Semoga persidangan kali ini membuka mata & minda mahasiswa Jordan bertapa peri pentingnya sumbangan mahasiswa dalam menyelesaikan masalah ummah. Semoga usaha kita ini termasuk dalam amal yang soleh, tiada ganjaran yang lebih besar melainkan ganjaran di sisi Allah.

Akhir sekali, kami memohon ampun & maaf seandainya terlebih & terkurang sepanjang ditaklifkan sebagai AJK Biro Strategi. Semoga PERTAMA akan datang akan lebih efisyen & berprestij. Jumpa anda di PERTAMA kali ke-4.Sekian,Wassalam.

-Berjuang itu pahit kerana kesudahannya itu manis-

Thursday, February 12, 2009

pendaftaran ditutup.

Assalamualaikum..

Pendaftaran bagi mantiqah luar telah ditutup tepat jam 11pm, 11 Februari. Ini adalah kerana akan menyukarkan gerak kerja pengangkutan serta penempatan.

Jumlah peserta mantiqah luar
Mafraq
Syabab : 32
Akhawat : 30

Mu'tah
Syabab : 44
Akhawat : 50

Amman
Syabab : 4
Akhawat : 3

Dan untuk mantiqah Irbid, sesiapa yang belum membuat pendaftaran, anda diminta untuk hadir mendaftarkan diri bermula jam 6pm di Dewan Al-Kindi. Anda tidak perlu memberi nama kepada ajk, kerana nama-nama telah pun dicetak dan telah pun dikeluarkan. Dan diminta juga kepada sesiapa yang belum membayar JD2, diharap petang ini dapat melangsaikan yuran pendaftaran itu di kaunter pendaftaran.

Peserta yang hanya hendak menghadirkan diri pada hari kedua sahaja juga adalah dikira peserta. Seboleh-bolehnya diminta peserta hadir juga pada hari ketiga kerana tujuan utama PERTAMA ini adalah untuk mendapatkan resolusi bagi membantu MPPM melicinkan pentadbiran, dan resolusi ini adalah pada hari ketiga. Hari ketiga dan hari kedua ini sangat berkait. Apa guna kita mendengar pembentangan kertas kerja jika tidak mahu hadir pada hari ketiga??

p/s : kaunter pendaftaran adalah di pintu masuk utama dewan al-kindi. Peserta hendaklah masuk melalui pintu utama kuliah adab.

Wednesday, February 11, 2009

PENTING! GARIS PANDUAN DALAM PEMBENTUKAN RESOLUSI PERTAMA KALI KE-3

GARIS PANDUAN DALAM PEMBENTUKAN RESOLUSI PERTAMA KALI KE-3



A) PENGLIBATAN PESERTA


Peranan semua peserta :

1) Mengenalpasti ketua dan kumpulan masing-masing.

2) Sentiasa berada dalam kumpulan dan memberikan sepenuh perhatian sepanjang program berlangsung.

3) Berbincang dengan ahli kumpulan untuk menghasilkan cadangan resolusi dari tajuk pembentangan yang akan ditentukan.

Peranan ketua kumpulan :

1) Mengenalpasti dan memastikan semua ahli kumpulan sentiasa berada di dalam kumpulan.

2) Mengatur strategi untuk menghasilkan cadangan resolusi.

3) Masa 15 minit diperuntukan bagi perbincangan cadangan resolusi digunakan semaksimum mungkin (semasa sidang plano).

4) Memastikan 2 borang cadangan resolusi diisi dan 1 salinan diserahkan kepada AJK bertugas setelah tamat 15 minit masa perbincangan.

5) Menghantar wakil kumpulan bagi pembentangan cadangan resolusi.



B) SIDANG PLANO


Tujuan sidang plano adalah untuk memberi ruang kepada peserta membentangkan cadangan resolusi yang diperolehi sepanjang PERTAMA 3.

1) Masa 15 minit diberi untuk peserta berbincang di dalam kumpulan seterusnya membentuk cadangan resolusi dari tajuk pembentangan yang telah ditetapkan.

2) Terdapat 2-3 kumpulan yang akan menghasilkan cadangan resolusi untuk setiap tajuk pembentangan.

3) Setiap kumpulan berhak menghasilkan beberapa cadangan resolusi tetapi perlu menyusun setiap cadangan tersebut mengikut keutamaan.

4) Hanya 1 cadangan resolusi sahaja akan dibentangkan.

5) Ciri2 sebuah resolusi:

a. Mempunyai tuntutan.

b. Ditujukan kepada pihak tertentu seperti :

-Jabatan Penuntut Malaysia Jordan

-Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan

-Persatuan Zon

-Badan Kebajikan Anak Negeri

-Semua mahasiswa Malaysia di Jordan


Contoh:

Pihak yang dituju

“SEMUA MAHASISWA MALAYSIA DIWAJIBKAN MENGIKUTI SEMUA KELAS YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PIHAK UNIVERSITI MASING-MASING”

Tuntutan yang dibuat


c. Cadangan resolusi yang dibina hendaklah tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak

(berkaitan peribadi ataupun sesuatu yang akan menjatuhkan maruah mana-mana

individu,organisasi mahupun perkumpulan).

d. Cadangan resolusi hendaklah praktikal dan relevan.

e. Tidak melebihi 1 ayat.

f. Ringkas, padat, dan mudah difahami.

6) Cadangan resolusi perlu ditulis dalam borang cadangan resolusi yang diedarkan kepada setiap ketua kumpulan sebanyak 2 salinan.

7) 1 salinan perlu diserahkan kepada AJK setelah tamat 15 minit dan 1 lagi disimpan oleh pembentang

8) Pembentang dari setiap kumpulan diminta duduk di barisan hadapan dan bersedia untuk membentang.

9) Masa pembentangan hanya 2 minit sahaja. Pembentang akan diminta untuk memperjelaskan cadangan resolusi jika dirasakan perlu oleh moderator.

10) Mana-mana cadangan resolusi yang telah disebut oleh kumpulan lain tidak boleh diulang semula oleh kumpulan-kumpulan seterusnya. Oleh itu, pembentang perlu bersedia dengan cadangan resolusi simpanan.

11) Semua peserta perlu mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh moderator.



C) KAEDAH PEMBENTUKAN RESOLUSI –


1) Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2) Setiap kumpulan akan dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan cadangan resolusi dari salah satu tajuk pembentangan (ceramah/forum yang berlangsung pada hari kedua). Pengagihan tajuk akan dilakukan setelah selesai semua pembentangan pada hari kedua.

3) 15 minit diberikan semasa sidang plano untuk peserta membincangkan cadangan resolusi dalam kumpulan masing-masing.

4) Setiap kumpulan akan membentangkan 1 cadangan resolusi sahaja.

5) Di akhir sidang plano, 20 cadangan resolusi akan terbentuk.

6) Unit resolusi akan bermesyuarat untuk tapisan terakhir (menggubal dan menolak mana-mana cadangan resolusi yang dirasakan tidak relevan).

7) Cadangan- cadangan resolusi yang terbaik dan mempunyai keutamaan akan diangkat sebagai resolusi Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan Kali Ke-3.

8) Resolusi ini akan diumumkan dan diserahkan kepada perwakilan.

pengkid dan kesucian umat islam

Pendifinisian pengkid

Di antara ciri-ciri pengkid itu yang boleh dinyatakan ialah; wanita yang berpakaian dan bergaya seperti lelaki (pakaian dan cara hidup), wanita yang sengaja mengubah bentuk tubuh badan dan rambut sama seperti lelaki, wanita yang menjalin hubungan dengan wanita sehingga ada yang bercinta dan melakukan seks, wanita yang membengkung payudara, wanita yang tertarik dengan wanita cantik dan wanita yang menganggap diri seperti lelaki yang boleh menjaga pasangan, terutama apabila diganggu (Ramlan Nordin, Mohamaed Sharif Mustaffa dan Mohd Tajudin Ninggal, 2008)


Kajian yang telah dijalankan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap pengharaman isu pengkid ini perlu diketengahkan di kalangan masyarakat. Mana mungkin keputusan yang diambil tidak difikirkan implikasi baik dan buruknya. Walaubagaimanapun, telah jelas bahawa setiap hubungan di luar tabiie adalah haram disisi Islam.


Begitu juga dengan perhubungan antara lelaki dan wanita bukan muhrim yang berpeluk cium di khalayak. Ia harus ditegaskan sebagai budaya songsang, kerana melakukan perlakuan di luar batas pernikahan. Tanpa perasaan segan silu menunjukkan keintiman di khalayak.


Isu ini juga perlu di tanggapi dengan lebih teliti. Agama dan budaya ketimuran semakin dihakis, jika tindakan tegas tidak dilakukan. Tanpa bersikap stigma kepada pihak berkuasa dalam mendepani gejala songsang ini, setiap pihak termasuk ibu bapa, guru-guru, pembuat dasar kerajaan perlu sepakat membendung isu-isu pergaulan bebas secara tuntas.


Adalah sangat wajar bagi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan melaksanakan tugas pembasmian dengan megeluarkan fatwa pengharaman pengkid tanpa menunggu gejala haram ini bernanah di kalangan masyarakat Islam. Apakah menjadi kewajiban untuk menunggu jumlah bilangan kemusnahan akhlak umat Islam baru kemudian hendak difatwakan. Tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan ini harus dipuji kerana bergerak secara pro aktif dalam menyedarkan masyarakat tentang bahaya pengkid.


Isu pengkid ini adalah isu umat Islam, merentasi pemikiran logik akal. Perletakkan hukum di dalam Islam bukan dikeluarkan mengikut individu, tetapi dengan 12 ambilan hukum lainnya. Manakala hukum haram yang telah disepakati oleh Majlis Fatwa, jatuh hanya kepada seluruh wanita muslim, bukan melibatkan golongan wanita bukan Islam.


Persoalanya, mengapa mahu mempertikaikan hukum Islam, dimana mereka tiada kena mengena dengan fatwa yang telah ditetapkan. Tindakan NGO-NGO bukan Islam yang bersungguh menentang kredibiliti Majlis Fatwa Kebangsaan, jelas melanggar Perlembagaan negara di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.


Bahaya Pengkid kepada masyarakat.

Secara psikologinya, adakah kita bersedia melihat seluruh zuriat keturunan kita nanti berkahwin hanya sesama jantina. Kemudian tidak wujud lagi sistem kekeluargaan murni. Gejala homoseksual secara umum dan yang melibatkan golongan pengkid akan mengakibatkan manusia berjangka hayat pendek(UNAIDS: 2000)


Bieber, 1976 menyatakan 90% lelaki homoseksual tidak mempunyai hubungan baik dengan bapanya. Bayangkan apabila golongan homoseks ini mengambil anak angkat, cara didikan anak-anak pasti menjadi kecelaruan berbanding ibu bapa heteroseksual. Anak-anak beribu bapakan homoseksual pula akan mengalami tekanan perasaan, kemurungan, rendah diri dan akhirnya membawa kepada penyakit-penyakit mental.


Kesimpulan

Perhatikan sabda Rasulullah SAW dalam mencela golongan yang tidak mempunyai ilmu, namun berkelakuan seperti berilmu, sedangkan dirinya adalah jahil. Daripada Abu Hurairah R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda “Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi SAW menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai.””


Ketika inilah zaman ketandusan pemikiran berlaku. Manusia sibuk memperjuangkan kebenaran pada perkara yang dia sendiri tidak mengetahui. Manakala, orang kebanyakan, masih tetap mengikuti galakan golongan-golongan fasiq tersebut disebabkan kedua-duanya tidak berilmu perihal keduniaan dan akhirat atau telah memisahkan keduanya.


Justeru, tindakan pengharaman pengkid dan segala perkaitanya adalah demi kesinambungan umat Islam sebagai penganut akidah al-Haq. Inilah satu usaha demi menjaga kesucian generasi yang akan menghuni dunia ini pada masa akan datang.


Wallahu’alam
almukminun

Pendapat Orang Ramai tentang isu Lina Joy dan IFC...

Tontoni video di you tube yg bertajuk " public survey-on the issue of Lina Joy & IFC " yang memaparkan pandangan orang ramai tentang isu Lina Joy dan IFC... video ini tidak dapat di upload kan di sini kerana terdapat masalah teknikal, untuk menonton klik http://www.youtube.com/watch?v=NoMXIsBOPZs&feature=related

Ini pendapat mereka, anda pula bagaimana?